Tips Hartanah

CARA NAK BUAT LOAN BAGI ORANG YANG BERPENDAPATAN TAK TETAP DAN TIADA KWSP

CARA NAK BUAT LOAN BAGI ORANG YANG BERPENDAPATAN TAK TETAP DAN TIADA KWSP

Ramai yang agen insurans/takaful, Hartanah, coway, cuckoo dan lain yang seangkatannya bermasalah dalam membuat pinjaman untuk membeli rumah.

Untuk menyelesaikan masalah ini, saya berikan beberapa tips agar pinjaman perumahan anda senang untuk diluluskan.

1. Pastikan semua duit komisen yang diterima di bank in ke dalam 1 akaun agar senang bank nak semak nanti.

2. Biasanya orang yang bekerja ‘commission based’ akan ada penyata komisen bulanan/tahunan. Jangan lupa simpan ye.

3. Pastikan anda declare cukai pendapatan dengan LHDN. Biasanya bank nak 2 tahun penyata cukai untuk melayakan anda membuat pinjaman perumahan.

4. Setelah declare cukai, anda layak untuk membuat pinjaman perumahan dengan bank. Senang kan..

Tapi kena ingat, semua hutang yang kita ada akan tetap dikira sebagai komitmen.

Contohnya, kalau anda declare cukai pendapatan sebanyak RM60k setahun, bermakna pendapatan anda adalah RM5k sebulan.

Kemudian, tolakkan RM5k tadi dengan semua hutang bagi mendapatkan Debt Service Ratio (DSR).

Formulanya senang je.
Cukai tahunan/12 – semua hutang – RM1k (sara hidup) x 70% (DSR bank bagi pendapatan RM3k keatas) = Kelayakan

Contoh perincian kiraan adalah seperti berikut:-

= RM5,000 – RM1,000 (Hutang) – RM1,000 (Sara Hidup) x 70%
=RM2100

RM2100 = Kelayakan bayaran bulanan rumah setiap bulan. Lebih kurang RM380k harga rumah.

Semoga bermanfaat.

*kredit kepada FB Koleksi TIPS Hartanah – ZPROP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *