Tips Hartanah

Lelong – Teknik Mengundurkan Diri Di Stage Awal

Belumpun berjuang.. terus declare kalah… apa kesssss?? 

Di dalam acara lelongan, ini bukan semestinya dikira kekalahan, malahan suatu kelegaan yang tak terhingga kerana anda tidak membuang masa dan tenaga … sedangkan anda dapat mengagak (lebih tepat lagi… aku guna term GERAK HATI) bahawa anda akan kalah bila masuk bertanding.

Apakah yang perlu diketahui bagi menggunakan teknik ini?? 

1. Mahir dengan harga pasaran
Bila saja ada iklan lelong untuk satu2 unit yang telah kita kenal pasti harganya di pasaran, dan unit ini dijual pada harga DURIAN RUNTUHHH… mungkin melebihi 40% diskaun daripada harga yang selayaknya dijual….. maka anda boleh menganggap akan ada pertandingan yang sengit yang kadang2 melebihi 15 penjuru. Melainkan had siling yang anda tetapkan adalah agak kompetitif… lupakan sahaja unit ini.

2. Jangan berpendapat hanya kita sahaja yang bijak
Satu point yang penting … anda adalah seorang yang bijak bila menyertai acara lelong, tapi harus diingat, bukan hanya anda seorang sahaja yang bijakkk. Ini kerana kesedaran umum terhadap acara lelongan sudah meningkat dan makin meningkat. Ilmu yang berkaitan dengan hartanah semakin diminati. Ikuti luahan en faris (www.faridzaswadi.blogspot.com) berkaitan dengan cabaran di sektor rumah lelong pada masa ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *