Tips Hartanah

Bagaimana cara meningkatkan jumlah loan?

pada kebiasaannya, bank hanya menetapkan limit 60% atau semaksimumnya 65% commitment untuk loan, berdasarkan slip gaji yang terkini. Hal ini menjadi bebanan buat individu yg cukup2 makan, atau tersilap perancangan dalam pengurusan kewangan peribadi. 

Kepada yang sentiasa berwaspada, dan mempunyai matlamat jelas… anda boleh convert lebihan income menjadi aset dengan membeli rumah untuk disewakan. Pastikan rumah yg dibeli mempunyai tarikan sewaan yang kuat, dan mampu memberikan pulangan positif setiap bulan. Ciri2 rumah ini mestilah mempunyai access yg mudah, berada di tempat tumpuan awam, berdekatan dengan kemudahan pengangkutan dan infrastruktur keperluan seperti kedai2, sekolah, masjid ataupun pusat pengajian tinggi.

Untuk test sama ada market sewa adalah tinggi atau tidak, boleh lakukan test market melalui website2 iklan yg ada. Jika menerima panggilan menggalakkan, maknanya perumahan target anda itu mempunyai tarikan yang tinggi. Pastikan juga harga sewaan yang ditetapkan adalah melebihi daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan anda utk rumah tersebut seperti ansuran bulanan, fire insurance, cukai pintu, sinking fund, Sewerage dan maintenance. Pastikan juga anda mencari penyewa yang dirasakan bertanggungjawab terutamanya dalam membayar sewaan tepat pada masanya. Deposit biasanya adalah 2 mths + 1 mth + 1/2 mth utk utility dan RM100 – RM200 utk stamping. Pastikan tenancy agreement dibuat, dan stamping dilakukan dengan Lembaga Hasil. Juga pastikan wang sewaan dimasukkan ke dalam akaun bank yg telah ditetapkan.

Dokumen tenancy agreement beserta statement bank ini berguna utk meningkatkan lagi jumlah pinjaman anda pada masa hadapan. Jadi, boleh lah target property yg lebih high-end dan nilai lebih tinggi!! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *